Featured Posts

Langit Itu Tidak BerbatasLangit Itu Tidak Berbatas Berubah ke arah kebaikan juga tiada batasnya. Seolah-olah telah diprogramkan di dalam kepala manusia yang setiap perubahan memerlukan pengorbanan dan usaha yang sangat besar. Perubahan bagaikan...

Read more

Anda mahu kisah anda berakhir bagaimana?Anda mahu kisah anda berakhir bagaimana? Saidina Ali bin Abi Talib r.a. pernah berkata, Aku tidak akan lebih mahukan syurga setelah aku melihatnya dan aku tidak akan lebih takutkan neraka setelah aku melihatnya... Saidina Ali mempunyai...

Read more

Kejar!Kejar! Astaghfirullah, takkan nak patah balik Asakusa camni. Takde cara nak ke Asakusa pun time ni. *Akirameru la kak, mesti ada kita ada buat dosa ni, kena kafarah. Dah pukul 11.45 dah ni, mesti bas dah...

Read more

'S' Dalam Solat'S' Dalam Solat Masa tu akak tengok kawan akak tengah solat, pakai telekung. Pada akak cantik sangat bila tengok orang pakai telekung masa solat. Rasa nak menangis. Tersentuh hati saya. Perkongsian cerita sahabat...

Read more

Melihat Masalah dari Kacamata SMelihat Masalah dari Kacamata S Cikgu: Di tangan cikgu ada segelas air. Cuba kamu semua teka berapa berat gelas yang cikgu pegang ni? Pelajar: 100 gram...! 200 gram...! 135 gram! Cikgu: Cikgu pun tak tahu berapa berat gelas ini. Cikgu...

Read more

Connect with Allah

Posted by KaizenFatihah | Posted in CASIC | Posted on 23-01-2011

Tags: , , , , , , , , , ,

0

hook up

Share this:
Share this page via Email Share this page via Stumble Upon Share this page via Digg this Share this page via Facebook Share this page via Twitter

Langit Itu Tidak Berbatas

Posted by KaizenFatihah | Posted in Anjakan paradigma, Kaizen Fatihah | Posted on 05-12-2010

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

0

Berubah ke arah kebaikan juga tiada batasnya.

Seolah-olah telah diprogramkan di dalam kepala manusia yang setiap perubahan memerlukan pengorbanan dan usaha yang sangat besar. Perubahan bagaikan mahu bertempur di medan perang. ‘Kegerunan medan perang’ inilah yang menyebabkan ramai yang menyembunyi diri, menidakkan realiti yang sudah tiba masa untuk mereka melakukan perubahan.

Takut. Belum bersedia. Kelengkapan tiada. Tiada lagi zon selesa untuk anda.

Mahu melakukan perubahan pun ada tekniknya, ada caranya.

Dahulu semasa di bangku sekolah, saya sentiasa menganggap yang program-program motivasi yang memberi fokus kepada topik perubahan ini hanyalah cliché semata-mata.

Asyik-asyik tajuk perubahan. Tau la kitorang nak berubah sendiri.

Nak berubah pun kena ada teknik ke? Bukan ke boleh je nak berubah?

Silap. Seribu kali saya silap.

Saya sedar apabila setiap perubahan yang dilakukan, tidak pernah kekal. Selalunya terkandas.

A journey of a thousand miles begins with a single step.

Lao-tzu

Pelumba lari yang mahu sampai ke garis penamat, mesti perlu memulakan larian. Larian takkan bermula jika pelumba hanya duduk berehat di garisan permulaan. Dia perlu memulakan langkah. Biarpun dia berlari, mahupun berjalan, dia mesti bermula.

Dia keluar dari zon selesanya.

Saya tidak betul-betul faham kata-kata di atas sehinggalah saya faham erti sebenar berubah ke arah kebaikan. Membaiki diri. Islah diri.

Soalan di sini, bukankah sukar jika berada di luar zon selesa? Apa yang seronok sangat berada di luar zon selesa?

Jika tidak berada di dalam zon selesa, makna tidak selesa lah!

Share this:
Share this page via Email Share this page via Stumble Upon Share this page via Digg this Share this page via Facebook Share this page via Twitter

Anda mahu kisah anda berakhir bagaimana?

Posted by KaizenFatihah | Posted in CASIC, Kaizen Fatihah | Posted on 07-11-2010

0

Saidina Ali bin Abi Talib r.a. pernah berkata,

Aku tidak akan lebih mahukan syurga setelah aku melihatnya dan aku tidak akan lebih takutkan neraka setelah aku melihatnya…

Saidina Ali mempunyai keimanan dan keyakinan yang tinggi kepada syurga dan neraka sehinggakan andai kata dia melihatnya sendiri sekalipun tidak sedikit akan mengubah keimanannya kerana sejak awal lagi sudah sekuat itu.

“Orang kristian yang datang umah aku, suka bercerita tentang syurga neraka derang. Sampai boleh lukis gambar lagi.”

Perkongsian seorang sahabat tentang pengalamannya berhadapan dengan mubaligh kristian di Jepun.

Itulah, syurga neraka ini semua perkara ghaib. Hanya Allah sahaja yang tahu. Walaupun diberi gambaran sehebat mana sekalipun, akal fikiran manusia ada batasnya. Bayangkan seluruh dunia dan segala isinya dan gandakan semuanya dengan 10. Itulah nikmat syurga yang paling rendah levelnya!

Kuantiti dan kualiti

Kuantiti seperti yang saya nyatakan tadi 10 kali ganda…

Kualitinya pula berbeza.

Api neraka yang dibakar 1000 tahun sehingga merah dan 1000 tahun lagi sehingga hitam.

“Bricks of gold and silver, and mortar of fragrant musk, pebbles of pearl and sapphire, and soil of saffron. Whoever enters it is filled with joy and will never feel miserable; he will live there forever and never die; their clothes will never wear out and their youth will never fade.”

[Ahmad, at-Tirmidhi, ad-Daarimee, Mishkaat al-Masaabeeh, 3/29, sahih]

Sepatutnya, penghayatan terhadap nikmat syurga dan seksaan neraka memberikan satu perspektif yang berbeza dalam setiap amal perbuatan di muka bumi. Namun, apa yang menjadi masalah sekarang manusia sendiri beranggapan yang mereka telah pun merasai ‘nikmat’ tersebut di muka bumi. Menyebabkan sukarnya untuk berbicara tentang kehidupan selepas mati, nikmat syurga kepada mereka yang beramal soleh.

Batu-bata dari emas, istana yang indah disamakan dengan harta kekayaan dunia, mansion mewah di pusat peranginan.

Share this:
Share this page via Email Share this page via Stumble Upon Share this page via Digg this Share this page via Facebook Share this page via Twitter

Kejar!

Posted by KaizenFatihah | Posted in CASIC, Kaizen Fatihah | Posted on 22-04-2010

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

3

Astaghfirullah, takkan nak patah balik Asakusa camni. Takde cara nak ke Asakusa pun time ni.

*Akirameru la kak, mesti ada kita ada buat dosa ni, kena kafarah. Dah pukul 11.45 dah ni, mesti bas dah jalan.

Nanti dulu, akak call lagi.

Malam itu memberi satu pengalaman yang pada mulanya kami anggap pahit, kelat tetapi semakin manis di penghujungnya. MasyaAllah, nikmat kemanisan itu terletak pada kesungguhan.

Kesungguhan pada syariatullah.

Kesungguhan pada sunnatullah.

Eh, cuba tengok susunan ni. Takde pun nama kita.

Hah?

Rupa-rupanya kami terlalu yakin dengan penerangan kakitangan yang bertugas sehingga langsung tidak menyemak semula senarai nama penumpang yang ditampal pada bas. Sungguh cuai, walaupun kami tiba 15 minit awal di Tokyo Eki. Bas akan bertolak pada jam 11.15 malam.

Eh, ada miscall. Ni siapa plak miscall malam-malam ni?

Selepas mengetahui kami tersilap bas, saya tersedar. Ya Allah, tadi tu mesti orang bas call!

Awak sempat naik bas ni, kalau awak boleh sampai ke Shinjuku jam 11.45 malam.

Tiada pilihan lain, kami meminta pakcik teksi untuk menghantar kami ke Shinjuku.

Pakcik, step on it! Faster! Bayangkan kita tengah kejar orang jahat ni.

Share this:
Share this page via Email Share this page via Stumble Upon Share this page via Digg this Share this page via Facebook Share this page via Twitter

‘S’ Dalam Solat

Posted by KaizenFatihah | Posted in Kaizen Fatihah | Posted on 04-03-2010

Tags: , , , , , , , , , , ,

0

Masa tu akak tengok kawan akak tengah solat, pakai telekung. Pada akak cantik sangat bila tengok orang pakai telekung masa solat. Rasa nak menangis.

Tersentuh hati saya. Perkongsian cerita sahabat yang baru memeluk Islam sungguh indah.

Melihat sahabat-sahabatnya dalam keadaan tenang dan aman ketika solat di kolej merupakan antara penyebab untuk dia lebih mendalami Islam. ‘Akak’ yang dimaksudkan kini sudah beberapa tahun memeluk Islam.

Saya mengkagumi dia kerana dia telah memilih Islam sebagai cara hidupnya. Mereka yang dilahirkan sebagai muslim pun belum tentu memilih Islam sebagai cara hidup mereka, hanya sekadar Islam warisan, Islam pada nama.

Memang cantik.

Waktu bersolat sememangnya merupakan waktu kita dalam keadaan paling cantik dan bersih. Cantik dan bersih physical, intellectual, emotional, dan spiritual.

Mungkin aura kecantikan dan kebersihan PIES ini yang menangkap hati ‘akak’ tadi.

Share this:
Share this page via Email Share this page via Stumble Upon Share this page via Digg this Share this page via Facebook Share this page via Twitter